Sabtu, 27 November 2010

GETUK GORENG

BAHAN2:
500 gm / 3 cwn Ubi kayu - di rebus + sedikit garam dan dilenyek
300 gm / 1 1/2 cwn Kelapa parut
100 gm / 1/2 cwn gula atau sesedap rasa

TEPUNG PENCELUP: 3 sudu Tepung Gandum + 2 sudu Tepung Beras + secubit Garam + 1 sudu minyak masak (jika suka) + Air secukupnya. Kecairan macam tepung goreng pisang.

CARA2:
Gaul ubi + kelapa + gula sehingga sebati. Bulat2 kan. Celup ke dlm bancuhan tepung. Goreng sehingga keperangan.

Apam Aiskrim



Sumber: Maklang Azie

Bahan A
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2)
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda

Cara
Pukul A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
Masukkan C
Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)

Jumaat, 26 November 2010

TELUR PINDANG (AMINAH DAMIRI)

A 30 biji telur
B 1 sudu besar ketumbar
C 1 sudu teh jintan manis
D 3 cm halia
E 3 cm lengkuas
F 10 batang serai
G 10 helai daun salam
H Segengam kulit bawang putih dan merah di basuh
I kicap masin dan garam secukupnya
J Daun serai untuk alas

Cara membuatnya
1 Campurkan A+ F blender hingga halus
2 alas periok dengan daun serai dan susun telur, tuangkan bahan blender dan
campur air
3 Panaskan periuk dan masukan daun salam, kicap dan garam rebus
perlahan-lahan
4 Reneh api perlahan hingga 3 hari setiap hari 1 jam

Kuih lapis



Resepi dari Noorma's kichen. TQ dik.

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air

Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak