Khamis, 11 Oktober 2012

Kosui dwi warna Okt 2012
Bahan A
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan air
1 chb air kapor
1 cht garam

Bahan B
1 cawan air
3/4 cawan gula merah

Bahan C
1 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan

Cara membuatnya
1. Gaul semua bahan A dan blender
2. Tuangkan 1/2 bahagian dalam mangkuk
3. Lenser loyang 10" dengan minyak dan masukkan dalam pengukus yang
    mula dipanaskan
4. Didihkan bahan C
5. Blend perlahan 1/2 bahan A dalam blender tadi dan tuangkan bahan C    
    sambil ditapis. setelah sebati, ia akan sedikit kental, tuangkan dalam loyang
    dan kukus.
6. Sementara itu didihkan bahan B dan tuangkan baki 1/2 adunan dalam
    mangkuk tadi ke dalam blender putar perlahan
7. Bila bahan B mendidih tuangkan dalam blender sambil ditapis, putar hingga
   sebati
8. Cucuk-cucuk/cakar permukaan adunan yang di kukus dalam loyang tadi
    dan curahkan perlahan-lahan baki adunan dalam blender ke atasnya.
9. Kukus hingga masak (permukaannya buruk, mengerutu dan kembang)
    lebih kurang 40 minit. Sejukkan dan makan dengan kelapa yang telah
    digaul garam.