Jumaat, 14 Disember 2012

TALAM SERIMUKA

Lapisan Bawah
500g beras pulut - rendam dulu 20 minit
200 ml santan
300 ml santan
1 sudu kecil garam

Cara-cara
Alas loyang 10" x 10" x 2" dengan plastik,supaya senang nak keluarkan kuih. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 35 minit atau hingga pulut masak. Sementara menunggu bahagian bawah masak sediakan bahagian atas pula.

Lapisan Atas
Bahagian A
100g tepung kastard
150ml santan
2 biji telur (gred A)
1/2 sudu kecil paste pandan
1/2 sudu kecil air kapur - untuk buat lapisan hijau tu kenyal

 Bahagian B
250ml santan
400ml air

1/2 sudu kecil garam
250g gulapasir

Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan A kecuali pandan paste. Kacau sebati dan
    tapiskan.( atau blender sahaja)
2. Didihkan semua bahan B dan masukkan dalam A kacau sebati, ia akan jadi
    macam susu pekat.
3. Tuang 1/4 bahagian ke atas lapisan pulut tadi dan kukus selamat 10 minit.
4. Masukkan pandan paste dalam baki adunan dan kacau rata, tuang atas
    pulut tadi.
5. Kukus selama 40 minit atau kuih masak (adunan kembang dan
    permukaannya menggerutu).
6. Sejukkan dulu sebelum dipotong. (biar betul2 sejuk baru dipotong, potong
    guna pisau plastik agar tak melekat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan